Cafe Bahulu Classiq - Hulu Langat
Cafe’
Cafe’

Cafe’

Cafe Bahulu Classiq – Hulu Langat

Untuk merasa sesuatu yang berbeza, hidangan tradisi dan kebanggaan Kampung Jawa – ” Nasi Ambang ” – enak untuk dijamah seluruh keluarga. Sehingga sekarang, nasi ambang adalah hidangan wajib masyarakat di Kampung Jawa, Hulu Langat bila mengadakan kenduri kendara.

Nasi Ambang adalah nasi yang berserta beberapa jenis lauk pauk seperti sambal goreng ( tempe, soun, paru, tahu goreng, petai, ikan bilis, udang digoreng ) serunding kelapa, sayur, mee goreng dan ikan atau ayam goreng. Hidangan ini akan diletak dalam sebuah dulang dan dibahagi-bahagi biasanya 4 orang sedulang. Hidangan ini akan dibungkus dan dibawa pulang oleh hadirin yang datang sebagai ” berkat ” selepas majlis tahlil atau doa selamat yang diadakan itu.

Bukan itu sahaja, Cafe bahulu classiq turut menyediakan pelbagai hidangan istimewa seperti mee jawa, soto, laksa, mee kari dan sebagainya. Untuk mereka yang ingin menghirup udara petang yang nyaman di Kampung Jawa, minuman petang akan dihidangkan dengan roti jala, cucur udang, lempeng kelapa dan sudah tentunya bahulu yang boleh dicelup ke dalam kopi ‘o” classiq.

Sila berkunjung.

WAKTU PERNIAGAAN : 9.00 PAGI hingga 6.00 petang SELASA hingga AHAD. Tutup pada setiap hari ISNIN