I.A.D.Z. Enterprise Terletak di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor DarulEhsan kira-kira 30km dari Kuala Lumpur melalui Jalan Cheras atau hanya kira-kira 15 km dari Bandar Ampang.
Kami adalah sebuah industri IKS bumiputra yang menerima bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia sejak kami bertapak secara kecil-kecilan. Aktiviti syarikat tertumpu kepada pengeluaran dan pengedaran makanan ringan tradisi Melayu yang bermutu tinggi baik dari segi citarasanya dan juga persembahannya.
Persembahannya dalam bentuk pembungkusannya dan fungsi yang tertentu menjadikan makananan ringan tradisi Melayu yang sedia unik dan enak itu mempunyai nilai komersial dan sentiasa menjadi permintaan ramai.